BloG Panitia Pendidikan Islam & j-QAF SK.Limpaki Limbang
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Limbang 98700 Limbang. No Tel Sekolah : 085-666785 Email Sekolah : sklimpaki644@gmail.com

Monday, 19 November 2012
Thursday, 8 November 2012
Busy sikit
Assalamualaikum wa salam sejahtera,
Tak dapat nak post baru sebab minggu ni admin ada test di Institut Pendidikan Guru Miri ni..3 hari dah berkampung di palace In kt Bandaraya Miri ni. Insyallah akan admin post cerita-cerita dan maklumat untuk tontonan dan perkongsian kita semua..
Selamat Maju jaya kepada kita semua
Read More...
Tak dapat nak post baru sebab minggu ni admin ada test di Institut Pendidikan Guru Miri ni..3 hari dah berkampung di palace In kt Bandaraya Miri ni. Insyallah akan admin post cerita-cerita dan maklumat untuk tontonan dan perkongsian kita semua..
Selamat Maju jaya kepada kita semua
Sunday, 4 November 2012
Tuesday, 30 October 2012
Khatam Sekolah sudah berlabuh dengan jayanya
Alhamdulillahi Rabbil Alamin...
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SK.Limpaki di atas kejayaan mengadakan Majlis khatam Quran peringkat SK.Limpaki pada hari ini. Walaupun pun majlis ini tidaklah begitu grand tetapi cukup bermakna terutama sekali bagi murid-murid tahun 6 yang akan melangkah ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Tidak lupa juga kepada para ibubapa yang hadir memberi sokongan yang begitu baik bagi kesemua peserta khatam iaitu seramai 13 orang pada kali ini.
TAHNIAH!!!
Read More...
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua warga SK.Limpaki di atas kejayaan mengadakan Majlis khatam Quran peringkat SK.Limpaki pada hari ini. Walaupun pun majlis ini tidaklah begitu grand tetapi cukup bermakna terutama sekali bagi murid-murid tahun 6 yang akan melangkah ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Tidak lupa juga kepada para ibubapa yang hadir memberi sokongan yang begitu baik bagi kesemua peserta khatam iaitu seramai 13 orang pada kali ini.
TAHNIAH!!!
Monday, 29 October 2012
DOA KHATAM QuRaN
Doa Khatam al-Qur’an
بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن،
وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.
Ya Allah kurniakan Rahmat al-Qur’an, jadikan
al-Qur’an pemimpin, petunjuk, kasih sayang. Ya Allah ingatkan kami apa yang
kami lupa, ajarlah apa yang kami jahil. Bantulah kami membacanya. Malam dan
siang, jadikan al-Qur’an pegangan. Ya Allah, Pentadbir Alam.
Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami
kerana dialah penjaga urusan kami, perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di
dalamnya kehidupan kami, perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat
kembali kami, jadikanlah kehidupan sebagai kebaikan bagi kami dan jadikanlah
kematian sebagai kerehatan kami daripada segala kejahatan. Ya Allah, jadikanlah
sebaik-baik umur kami pada penghabisannya, dan sebaik-baik amal kami adalah
penutupnya dan sebaik-baik hari bagi kami adalah hari berjumpa dengan-Mu.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang
tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan
mengaibkan kami. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan,
sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal,
sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.
Beratkanlah timbangan kebaikan kami,
teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami, terimalah sembahyang kami,
dan ampunkanlah segala kesalahan kami. Kami memohon ketinggian syurga-Mu, kami
memohon Rahmat dan Pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan
daripada segala kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka.
Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam
segala perkara, selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan
seksaan di hari akhirat. Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu
yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang
dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memberikan kami
kesabaran di dalam menghadapi musibah-Mu, berikanlah kenikmatan kepada kami
dengan pendengaran, penglihatan dan akal fikiran yang sempurna selama hidup
kami.
Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai
kecintaan kami yang paling besar. Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan
dosa-dosa kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau
tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya,
janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah
menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan
akhirat kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, wahai Zat Yang Maha
Mengasihani.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami
kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat dan selamatkanlah kami daripada
seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas
junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya serta para
sahabatnya.
آمِين، آمِين، ياَ رَبَّ الْعاَلَمِيْنَ.
Doa Majlis Khatam Quran
Doa Majlis
Khatam Al-quran
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَأَصْحَابِهِ
أَجْمَعِيْنَ
Ya
Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dihari
yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi menjayakan Majlis
Khatam A-quran dan sambutan Nuzul Al-quran ……….
Kami bermohon padaMu Ya Allah agar Engkau berkatilah
majlis kami ini. Engkau
jadikanlah ia sebagai
amalan yang mendapat ganjaran
pahala darimu.
Ya
Allah Ya Fattah Ya Alim
Engkau rahmatilah
kami dengan kemuliaan
Al Quran. jadikanlah
ia sebagai panduan hidup kami dan kurniakanlan kepada
kami kelazatan membacanya siang dan malam.
Ya Allah
Ya Tuhan kami, Hiasilah diri
kami dengan perhiasan
al- Quran, muliakanlah kami
dengan kemuliaan al
Quran, pakaikanlah kami
dengan pakaian al
Quran, dan masukkanlah kami Ya
Allah kedalam syurgamu dengan syafaat al Quran.
Ya Allah, kami memohon
kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang
tidak menyedihkan dan mengaibkan kami. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu
sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik
ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan
sebaik-baik kematian.
Ya
Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari sifat alfa dan lalai dari mengingati
Mu dan jadikanlah kami orang yang berilmu dan Engkau jauhkanlah kami dari
kejahilan yang merosakkan kami.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal dengan al Quran dan kau sinarilah hati-hati kami keenakan dan kelazatan membaca ayat-ayat Mu. Engkau basahkanlah lidah kami dengan menyebut ayat-ayat Mu dan lapangkanlah dada kami bagi menerima segala perintahMu.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal dengan al Quran dan kau sinarilah hati-hati kami keenakan dan kelazatan membaca ayat-ayat Mu. Engkau basahkanlah lidah kami dengan menyebut ayat-ayat Mu dan lapangkanlah dada kami bagi menerima segala perintahMu.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا
مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ
تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ
مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ
خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ
أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا
وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ
قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ
حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى
مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ
Sunday, 28 October 2012
KHATAM QUR-AN
MAJLIS KHATAM QUR-AN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSSAN LIMPAKI LIMBANG
PADA : 14 ZULHIJJAH 1433 BERSAMAAN DENGAN 30 OKTOBER 2012
HARI : SELASA
TEMPAT : SK.LIMPAKI LIMBANG
Subscribe to:
Posts (Atom)