Gaza
- Pada hari ke-11 aksi jenayah penaklukan mereka ke atas bumi Palestin,
tentera Israel berhadapan dengan pertempuran sengit di Gaza. Manakala HAMAS
menembak roket makin jauh ke dalam wilayah Israel. AFP melaporkan, jumlah
rakyat Palestin yang menjadi korban serangan Israel sudah lebih dari 660 orang
dan 2950 lagi cedera. PBB
menuntut siasatan ke atas sekolah UNRWA (badan PBB untuk bantuan Palestin) yang
dihancurkan kereta kebal dan pesawat Israel. Dikatakan
seramai 43 orang sedang berlindung di sekolah tersebut. PBB menyatakan
sekurang-kurangnya nya 30 terkorban dan 55 tercedera. Sebelumnya, dua
warga Palestin terbunuh ketika sebuah bom menghentam sekolah di Khan
Yunis, Gaza selatan. Tiga lainnya terbunuh dalam serangan udara ke sekolah Shati
di pusat perlindungan di Gaza. Koordinator Kemanusiaan PBB untuk wilayah
Palestin, Maxwell Gaylard mengatakan Israel telah memiliki koordinat GPS
(global positioning system) atas semua bangunan PBB di Gaza - termasuk
sekolah-sekolah. "Rumah mahupun tempat perlindungan milik PBB sudah tidak
aman bagi rakyat awam," katanya lalu menyerukan diadakan penyiasatan dan
kajian atas apa yang berlaku. "Jika hukum kemanusiaan antarabangsa sudah
dilanggar, pelakunya harus diminta bertanggungjawab, " katanya. Pertempuran
sengit terjadi di Kota Gaza dan sekitarnya iaitu di Deir al-Balah serta
Bureij. Satu serangan udara Israel membunuh 12 orang dari suatu keluarga besar,
tujuh di antaranya masih anak-anak. Berikut adalah senarai sebahagian
dari rangkaian keganasan Zionis laknatuLlah ke atas bumi Palestin sehingga hari
ke-10: Al Shati' Tentera udara orang Israel membedil lebih
banyak rumah di kem pelarian ini. Sumber-sumber perubatan berkata seramai 35
penduduk Palestin cedera. Seorang terbunuh dan 5 cedera dalam serangan udara di
kawasan letak kereta awam di sini. Al Zaytoun Askar Israel mara semakin
hampir dengan Al Zaytoun, sebuah kawasan yang berpenduduk padat di tenggara
Gaza. Banyak rumah terbakar dan dimusnahkan dalam siri pengeboman. Dua orang
awam yang cedera kerana serangan udara disasarkan ke atas sebuah rumah di sini.
Kereta kebal Israel melancarkan bedilan dari tapak pelancar dengan mensasarkan
bangunan-bangunan di bandar Al Zahra. Banyak bangunan dirosakkan dan
sebahagiannya terbakar. Rumah keluarga Khail dimusnahkan dalam serangan
artileri. Ramai penduduk cedera kerana menerima serangan bom yang berterusan. Al Nusairat Tiga warga Palestin terbunuh,
9 cedera dalam serangan udara Israel. Sebuah rumah pemimpin utama Barisan
Popular, Jameel Mizhar, dimusnahkan sebahagiannya. Sekumpulan orang awam dibom
menyebabkan ramai yang cedera dan luka. Dua cedera kerana sebiji roket meletup
di rumah Othman Ghaleb. Rumah Sayed Baroud dibedil. Banyak rumah jirannya juga
rosak terkena serpihan bedilan berkenaan. Tentera laut Israel mula menyerbu kem
pelarian ini dan ramai yang cedera dalam serbuan berkenaan. Rafah Serangan udara berdekatan
Masjid Al Huda di Yibna. Sebiji roket telah memusnahkan rumah Ibrahim Abu Al
Naja. Sebuah terowong di selatan Rafah dibom. Seorang wanita terbunuh tiga hari
lalu dan masih tidak boleh dibawa keluar kerana askar-askar Israel melepaskan
tembakan berterusan ke arah bandar Bait Lahia. Wanita yang terbunuh daripada
keluarga Abu Samaha. Askar-askar Israel menyerbu rumah Abu Khosa dan
mencederakan penghuni rumah dengan tembakan rambang.Jabalia Api menyala-nyala di kilang
simen berdekatan Zimo Crossings, timur Jabalia. Kebakaran kerana serangan
artileri askar Israel. Mereka juga menawan sebuah sekolah yang dijadikan tempat
perlindungan dan terdapat orang awam yang turut berlindung di situ. Askar
Israel memusnahkan sebuah rumah berdekatan Masjid Al Salam. Seorang penduduk
mengalami pendarahan yang teruk dan pasukan paramedik belum dapat
menghampirinya. Tidak diketahui sama ada dia masih hidup atau mati. Begitu juga
Abd Al Hilis, masih mengalami kecederaan di Jabalia dan tidak dapat dibantu
kerana serangan askar Israel. Hospital Doktor di Hospital Al Shifa memaklumkan
terdapat banyak mayat yang terbakar diterima dan sebahagian daripadanya telah
berkecai. Dalam tempoh 48 jam, seramai 90 orang awam dan kanak-kanak dibunuh
setelah operasi ketenteraan dilaksanakan. Beberapa biji roket memusnahkan
ladang dan kawasan penempatan di Khan Yonis. Pihak Hospital Nasir menerima
beberapa kes trauma yang dirujuk kepada mereka. Dua buah rumah dibedil di
penempatan Al Amal. Satu daripadanya kepunyaan Yasir Hamadan dan satu lagi
milik Nedal Kollab. Simpanan bahan api telah habis di Hospital Al Awda, utara
Semenanjung Gaza. Petugas hospital memaklumkan bahawa hospital berkenaan sering
menjadi sasaran peluru askar Israel. Utara Gaza Empat keluarga terperangkap
di Jabal El Kashif, utara Semenanjung Gaza yang biasanya sibuk. Tiga orang
daripada keluarga Abd Al Dayim terbunuh kerana serangan askar Israel ke atas
bandar Bait Hanon. Timur Gaza 50 orang cedera apabila askar Israel berterusan
melepaskan bedilan dari kereta kebal di timur Semenanjung Gaza iaitu kawasan
Jabal Al Rayis. Bedilan berkenaan disasarkan ke atas keluarga Mahalh namun
kebanyakan yang cedera adalah kanak-kanak. Seorang kanak-kanak berumur lima
tahun dan datuknya daripada keluarga Al Helu terbunuh manakala sebahagian ahli
keluarga cedera dan ibunya berada dalam keadaan kritikal. Tiga orang
kanak-kanak termasuk ibu mereka berkecai apabila rumah dibom di Al Shija'ya,
timur Gaza. Mereka berlindung di rumah berkenaan semasa serangan dilancarkan.
Sebiji roket disasarkan ke rumah keluarga Al Harzaeen di kawasan Sika iaitu di
antara penempatan Al Shij'ya dan Zaytoun. Askar Israel menduduki sebahagian
besar rumah penduduk awam di Juhr El Dik. Dua orang wanita Palestin daripada
keluarga Hajaj dibunuh. Pertempuran berdarah di antara pejuang Palestin dan
askar Israel di timur Gaza. Helikopter Apache dan artileri memberi bantuan
kepada askar Israel. Jumlah kematian belum dapat dipastikan. Tentera udara
Israel mensasarkan lebih banyak rumah di Semenanjung Gaza. Barat Gaza Tentera udara Israel
mensasarkan Kolej Al Uma di kawasan Al Nasir, barat laut Semenanjung Gaza.
Tempat-tempat lain:
·
Dua orang rakyat Palestin terbunuh di Bait Hanon, pasukan
paramedik masih belum dapat sampai ke kawasan berkenaan sehingga kini.
·
Penunggang motosikal terbunuh kerana dibedil dengan roket semasa
melalui sebuah jalan raya di Gaza.
·
Serangan udara Israel dari helikopter Apache disasarkan ke atas
rumah tiga tingkat kepunyaan keluarga Al Ghandour di Al Daraj. Keadaan itu
menimbulkan suasana panik dan takut di kalangan penduduk. Dalam serangan udara
ke atas bengkel di kawasan itu, dilaporkan ramai yang cedera.
·
Serangan udara ke atas Masjid Omar bin Abd Al Ziz dan ramai yang
cedera.
·
Sebuah roket memusnahkan 'Sinaran Masyarakat' iaitu badan
kebajikan yang memberi sokongan kepada anak yatim dan orang miskin. Pertubuhan
itu termasuk unit terapi fizikal bagi orang termiskin adalah sebahagian
daripada gerakan Al Jihad Islamist.
·
Tiga penduduk Palestin mati kerana kecederaan di Mesir. Mereka
sebelum itu telah cedera dan dirujuk ke sana.
·
Pembunuhan beramai-ramai: Keluarga Samuni berkata askar Israel
mengumpul 30 orang daripada keluarga Al Samoni dalam sebuah rumah. Sepuluh
orang daripadanya adalah ahli keluarga yang rapat. Ramai orang awam yang telah
terbunuh akibat serangan artileri. Bilangan mangsa sekitar 14 orang,
kebanyakannya adalah kanak-kanak dan wanita. Beberapa orang masih berada dalam
keadaan kritikal.
·
Serangan udara disasarkan ke atas sebuah kedai penggurup wang di
penempatan Remal, tengah Gaza. Kedai-kedai berhampiran juga dibedil
mengakibatkan beberapa orang cedera.
·
Seorang wanita terbunuh di dalam rumahnya sendiri di Al
Moghraqa, tengah Gaza. Tiga orang awam cedera apabila askar Israel mula
menduduki kawasan itu semalam.
·
Tiga orang pejuang Palestin terbunuh di Gaza kerana serangan
roket Israel.
g petikan asal : dr Haluan Malaysia