SELAMAT DATANG ke BloG Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK.Limpaki Limbang Sarawak.."...

TARIKH TUTUP SPPBS : 20 NOVEMBER 2012

TARIKH TUTUP SAPS : 30 NOVEMBER 2012

Harap maklum.

Tuesday, 30 October 2012

Khatam Sekolah sudah berlabuh dengan jayanya

Alhamdulillahi Rabbil Alamin...

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua  warga SK.Limpaki di atas  kejayaan mengadakan Majlis khatam Quran peringkat SK.Limpaki pada hari ini. Walaupun pun majlis ini tidaklah begitu grand tetapi cukup bermakna terutama sekali bagi murid-murid tahun 6 yang akan melangkah ke tingkatan 1 pada tahun hadapan. Tidak lupa juga kepada para ibubapa yang hadir memberi sokongan yang begitu baik bagi kesemua peserta khatam iaitu seramai 13 orang pada kali ini.

TAHNIAH!!!


Read More...

Monday, 29 October 2012

DOA KHATAM QuRaN




Doa Khatam al-Qur’an

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن، وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Allah kurniakan Rahmat al-Qur’an, jadikan al-Qur’an pemimpin, petunjuk, kasih sayang. Ya Allah ingatkan kami apa yang kami lupa, ajarlah apa yang kami jahil. Bantulah kami membacanya. Malam dan siang, jadikan al-Qur’an pegangan. Ya Allah, Pentadbir Alam.

Ya Allah, perbaikilah bagi kami agama kami kerana dialah penjaga urusan kami, perbaikilah bagi kami dunia kami kerana di dalamnya kehidupan kami, perbaikilah bagi kami akhirat kami kerana ia tempat kembali kami, jadikanlah kehidupan sebagai kebaikan bagi kami dan jadikanlah kematian sebagai kerehatan kami daripada segala kejahatan. Ya Allah, jadikanlah sebaik-baik umur kami pada penghabisannya, dan sebaik-baik amal kami adalah penutupnya dan sebaik-baik hari bagi kami adalah hari berjumpa dengan-Mu.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan mengaibkan kami. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.

Beratkanlah timbangan kebaikan kami, teguhkanlah keimanan kami, tinggikanlah darjat kami, terimalah sembahyang kami, dan ampunkanlah segala kesalahan kami. Kami memohon ketinggian syurga-Mu, kami memohon Rahmat dan Pengampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, kejayaan daripada segala kebajikan, keuntungan syurga dan keselamatan daripada neraka.

Ya Allah, perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara, selamatkanlah kami daripada kenistaan hidup di dunia dan seksaan di hari akhirat. Ya Allah, anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepada-Mu yang dapat menghindarkan kami daripada berbuat maksiat kepada-Mu, ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurga-Mu, keyakinan yang dapat memberikan kami kesabaran di dalam menghadapi musibah-Mu, berikanlah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran, penglihatan dan akal fikiran yang sempurna selama hidup kami.

Janganlah Engkau jadikan dunia sebagai kecintaan kami yang paling besar. Ya Allah, janganlah Engkau tinggalkan dosa-dosa kami melainkan Engkau telah mengampuninya, janganlah Engkau tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan Engkau telah menggembirakannya, janganlah Engkau tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, dan janganlah Engkau tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat kepada kami melainkan Engkau telah menunaikannya, wahai Zat Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat dan selamatkanlah kami daripada seksaan api neraka. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada keluarganya serta para sahabatnya.

آمِين، آمِين، ياَ رَبَّ الْعاَلَمِيْنَ.

Read More...

Doa Majlis Khatam Quran

Doa Majlis Khatam Al-quran
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Dihari yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi menjayakan Majlis Khatam A-quran dan sambutan Nuzul Al-quran ……….  Kami bermohon padaMu  Ya  Allah agar Engkau  berkatilah  majlis  kami  ini. Engkau  jadikanlah  ia  sebagai  amalan  yang mendapat ganjaran pahala darimu.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim

Engkau  rahmatilah  kami    dengan  kemuliaan  Al  Quran.    jadikanlah  ia  sebagai  panduan hidup kami dan kurniakanlan kepada kami kelazatan membacanya siang dan malam.

 Ya Allah  Ya Tuhan kami,  Hiasilah  diri  kami  dengan  perhiasan  al- Quran, muliakanlah  kami dengan  kemuliaan  al  Quran,  pakaikanlah  kami  dengan  pakaian  al  Quran,  dan masukkanlah kami Ya Allah kedalam syurgamu dengan syafaat al Quran.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan mengaibkan kami. Ya Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.
Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari sifat alfa dan lalai dari mengingati Mu dan jadikanlah kami orang yang berilmu dan Engkau jauhkanlah kami dari kejahilan yang merosakkan kami.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal dengan al Quran dan kau sinarilah hati-hati kami keenakan dan kelazatan membaca ayat-ayat Mu. Engkau basahkanlah lidah kami dengan menyebut ayat-ayat Mu dan lapangkanlah dada kami bagi menerima segala perintahMu.
اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ 
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار .وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ
Read More...

Sunday, 28 October 2012

KHATAM QUR-AN

MAJLIS KHATAM QUR-AN PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSSAN LIMPAKI LIMBANG
 PADA : 14 ZULHIJJAH 1433 BERSAMAAN DENGAN  30 OKTOBER 2012  
 
                      HARI : SELASA   

                      TEMPAT : SK.LIMPAKI LIMBANG



Read More...

Thursday, 25 October 2012

TAKBIR RAYA OASIS UTZ RED B

Read More...

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA ....


Dengan penuh hati saya mewakili Panitia Pendidikan Islam SK.Limpaki & warga SK.Limpaki Limbang beebesar hati mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QORBAN ,semoga kita sama-sama menghayati dan berdoa agar umat islam di bumi Mekah dapat menjalankan ibadah haji dengan lancar dan semoga mendapat haji yang MABROR..Amin...


Read More...

Wednesday, 24 October 2012

Berjalan Kaki 5,700km Untuk Tunaikan Haji


Sarajevo – Seorang lelaki Islam Bosnia yang berjalan kaki untuk menunaikan ibadah haji di Mekah pada tahun lalu memberitahu agensi berita AFP bahawa dia tiba di kota suci tersebut selepas merentasi tujuh buah negara termasuk Syria yang kini dilanda perang saudara.

“Saya tiba di Mekah pada Sabtu lalu. Saya tidak letih, ini merupakan hari paling bahagia dalam hidup saya,” kata Senad Hadzic menerusi satu temu bual telefon.

Lelaki berusia 47 tahun itu memberitahu, dia berjalan kaki sejauh 5,700 kilometer (km) selama 314 hari merentasi Bosnia, Serbia, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan untuk ke Mekah dengan membawa beg sandang seberat 20 kilogram.

Hadzic memaparkan perjalanan tersebut dalam akaun Facebook miliknya termasuk gambar dia memperoleh kad masuk dan keluar Syria yang dikeluarkan oleh kementerian dalam negeri kepada warga asing.

“Saya merentasi Syria pada April lalu. Saya berjalan sekitar 500km dalam tempoh 11 hari.

Saya melintasi bandar raya Aleppo dan Damsyik serta sejumlah pos kawalan tentera rejim dan pemberontak tetapi saya tidak pernah ditahan.

“Di sebuah pos kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad, beberapa askar mengarahkan saya mengosongkan beg sandang saya. Apabila saya menunjukkan al-Quran dan menyatakan saya berjalan kaki ke Mekah, mereka melepaskan saya,” ujar Senad.

“Saya berjalan kerana Allah, untuk Islam, untuk Bosnia-Herzegovina, untuk ibu bapa dan saudara perempuan saya,” tambah lelaki itu.

Di laman Facebooknya, dia memberitahu, Tuhan telah menunjukkan jalan ke Mekah dalam mimpinya termasuk menuju ke kota suci itu melalui Syria dan bukan Iraq.

Semasa perjalanannya, Senad berdepan suhu sejuk antara -35° darjah Celsius di Bulgaria hingga kepanasan mencecah 44° darjah Celsius di Jordan.

Menurutnya, dia terpaksa menunggu di Istanbul selama beberapa minggu untuk mendapatkan kebenaran bagi merentasi Jambatan Bosphorus dengan berjalan kaki, selain dua bulan di sempadan Jordan dan Arab Saudi bagi mendapatkan visa untuk mengerjakan ibadah haji.– AFP. 
copy :GB
Read More...

Perkhemahan Unit Uniform SK.Limpaki 2012

Penyelaras Pasukan Pengakap 

Mula dirikan khemah dibantu oleh guru Pembimbing..

PBSM 

Pengakap sudah siap pasang khemah 



Potong ayam untuk dimasukkan ke dalam buluh utk buat masakkan ayam pansoh.

Team PBSM motong ayam..


Team KRS sedang bakar ayam pansoh.



Makan -makan...









setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua guru-guru,staf dan kakitangan serta kanak-kanak  sk.limpaki di atas kerjasama yang ditunjukkan pada hari perkhemahan ini. Semoga program kita adakan ini dapat memberi manfaat terutama sekali untuk anak2 didik kita dan dapat menjalinkan silaturrahim sesama islam dan perpaduan antara kaum ,Syabas semua,TQ

Read More...

Tuesday, 23 October 2012

Program Pasca UPSR SK.Limpaki Limbang

Assalamualaikum & Salam sejahtera,

Bertemu kita dalam blog panitia P.Islam SK.Limpaki Limbang ini, saya nak berkongsi dengan anda semua perjalanan atau lawatan sambil belajar murid tahun 6 2012 ini.
Alhamdulillah pertama sekali saya bersykur kehadrat Allah taa'la kerna dengan rahmat dan inyahnya kami program untuk tahun 6 SK.Limpaki ini berjalan dengan lancar di kedua-dua tempat lawatan tersebut. Seramai 15 orang murid dari tahun 6 mengikuti program lawatan ini dan 4 orang guru pengiring dan keempat-empat guru ini adalah mengajar untuk tahun 6 termasuk saya. Di antara guru-guru pengiring iaitu terdiri daripada saya Ustaz Muhamad Fatvizan (selaku ketua murid-murid) , Cikgu Lolita (selaku ketua program/Lawatan dan  merangkap PK.KO) ,Cikgu Hjh Tiara dan Cikgu Sia Siew Kim 9selaku guru pengiring)

Tempat Pertama lawatan ialah Pusat Penyiaran RTM Limbang

Kami dibawa masuk ke bilik audition ataupun tempat suntingan.



 Mendengar taklimat dari wakil RTM Limbang tentang perjalanan penyiaran RTM Limbang.
Seperti yang dinyatakan oleh wakil RTM Limbang itu,  bahawasanya terdapat 3 bahasa untuk ON AIR di radio Limbang ini iaitu bahasa Melayu,Lun Bawang/Iban dan Bisayah.


 DJ sedang ON AIR versi B.Melayu



Dalam bilik DJ sedang ON AIR dan kami sempat keudara dan sesi bergambar dengan kak DJ yang hebat.


Read More...

Hari menghantar buku teks sek

PENGHANTARAN BUKU TEKS SESI 2012 
DAN
 MENGAGIHKAN BUKU TEKS UNTUK SESI PERSEKOLAHAN 2013

Tarikh : 22.10.2012

Hari : Isnin 

Sasaran : semua kelas tahun 1- tahun 6




arahan: 

Penyelaras SPBT SK.Limpaki
Read More...

Temasya Sukan SK.Limpaki

 mendengar taklimat PK.KO dan pihak urusetia temasya sukan sek.

 Dalam khemah setiap rumah


Read More...

Friday, 19 October 2012

SubhanAllah!!! Sains Membuktikan Al-quran Kaedah Mengesan Orang Menipu







Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat kami katakan selepas mengetahui hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++ dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna yang sangat jelas.

Sebelum kami paparkan apakah ayat tersebut, ingin kami kongsikan bersama anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah FMRI. 

Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.

Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?. Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate gyrus.

Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran Sekarang adalah masanya untuk kami kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan hal ini.

Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16

Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka.

Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk pada ayat yang kami paparkan di atas.

Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah, suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.

Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia. Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.

artikel dikongsi daripada gempak.org


Read More...

RaHsia dISEbaliK solaT



Solat lima waktu adalah antara kefardhuan dalam kalangan umat Muhammad SAW yang telah ditetapkan waktu-waktunya. Solat sudah wujud sekian lama semenjak zaman Nabi-Nabi yang terdahulu sedangkan fadhilatnya teramatlah besar. 

Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam surah Toha ayat 14 yang menerangkan fungsi solat itu sendiri adalah untuk mengingati Allah SWT.
“Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku."(Toha;14)
Begitu juga antara ciri orang beriman adalah mereka yang khusyuk dalam solatnya; sedangkan perbuatan sebegitu memenuhi aspek hablun minAllah. Manakala mereka yang tetap memelihara solatnya akan memenuhi aspek hablun minannas, yang dengan cara sedemikian maka mereka dikenali sebagai orang beriman. Solat juga penting sebagai aspek penyatuan, terutamanya solat berjemaah yang menjadi antara sumber perpaduan umat.

Begitu juga pada sudut rohaninya, bersolat mampu memberikan ketenangan kepada pelakunya, menjadi medan penyerahan diri dan pengaduan kepada Yang Maha Mendengar. Hakikatnya mengingati Allah itu memberi ketenangan kepada hati manusia; yang memberi kekuatan dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Melalui sudut pandang kesihatan secara ringkasnya pula, mereka yang bersolat lima waktu setiap hari telah melakukan senaman berbanding mereka yang tidak. 

Melalui cara ini tubuh badan dilatih melakukan pergerakan yang telah disyariatkan, sedangkan pelbagai hikmah tersembunyi disebaliknya.

--- SOLAT ITU TIANG AGAMA ----
artikel asal : blog i lov islam
Read More...

Thursday, 18 October 2012

Exam Akhir baru berlabuh.

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah taa,la kerna dengan limpah kurnianya

kita dapat melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepada kita selaku pendidik terhadap kerja harian mahupun melaksanakan tugas-tugas lain yang telah diamanahkan.
Peperiksaan Akhir Tahun sudah pun berakhir dan sukur semua perjalanan peperiksaan berjalan dengan lancarnya.
Terima Kasih diucapkan kepada GB,PK-PK,Guru-guru,staf dan kakitangan SK.Limpaki dia atas kerjasama yang telah diberikan dalam menlicinkan setiap program terutama sekali peperiksaan.


Read More...

Wednesday, 17 October 2012