Subhanallah, sangat luar biasa. Itu sahaja yang dapat kami katakan
selepas mengetahui hal ini. Siapa sangka pada waktu seribu tahun++
dahulu tanpa teknologi canggih, Al-Quran telah membongkar cara bagaimana
mengesan penipuan melalui ayat yang sangat pendek tapi memberi makna
yang sangat jelas.
Sebelum kami paparkan apakah ayat tersebut, ingin kami kongsikan bersama
anda tentang suatu kaedah yang digunakan pada masa kini untuk mengesan
pembohongan. Kaedah tersebut menggunakan pengimejan ke atas otak melalui
getaran magnetic atau lebih dikenali sebagai FMRI. Kaedah tersebut
dapat mengesan gerak balas yang berlaku ketika otak sedang melakukan
penipuan. Bukan itu sahaja, melalui kaedah ini alat mengesan pembohongan
dapat diwujudkan. Terdapat banyak kawasan unik dalam otak yang terlibat
dalam penipuan dan percakapan benar yang boleh dikesan melalui kaedah
FMRI.
Ujikaji Ke atas Ubun-Ubun Otak Manusia.
Fakta mengesahkan, dalam otak seorang yang sedang melakukan pembohongan
terdapat tujuh kawasan yang aktif tetapi dalam otak orang yang bercakap
benar, terdapat hanya 4 kawasan yang aktif. Mengapa hal ini berlaku?.
Bagi melakukan pembohongan, otak perlu berusaha lebih keras lagi bagi
mengaktifkan kawasan-kawasan yang bergerak balas dalam otak untuk
menjana idea-idea dusta berbanding dengan bercakap benar. Ketika proses
pendustaan sedang berlaku, bahagian hadapan otak yang mana terletaknya
kawasan ubun-ubun akan bertindak balas yang melalui bahagian medial
inferior, pre-central area, hippocampus, temporal tengah dan juga
kawasan limbic. Begitu juga ketika bercakap benar, terdapat juga
aktiviti di bahagian otak hadapan iaitu temporal lobe dan cigulate
gyrus.
Ubun-ubun yang Menipu Menurut Al-Quran Sekarang adalah masanya untuk
kami kongsikan keajaiban Al-quran bersama anda. Kajian demi kajian
dilakukan dengan susah payah sedangkan dalam Al-Quran telah membuktikan
hal ini.
Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Alaq ayat 15, 16
Ketahuilah, sesungguhnya jika dia tidak berhenti (berbuat demikian)
Nescaya Kami tarik ubun-ubunnya (iaitu)ubun-ubun orang yang mendustakan
lagi durhaka.
Sebelum kami mengulas dengan lebih lanjut tentang ayat di atas, kami
mohon saudara sudari pembaca mengambil kitab tafsir Al-quran dan rujuk
pada ayat yang kami paparkan di atas.
Jika saudara melihat ayat tersebut, perkataan (Nasiya) bermaksud
ubun-ubun. Menurut kitab tafsir Ibn Kathir(ubun-ubun yang berdusta) yang
dipaparkan dalam ayat tersebut bermaksud, ubun-ubun Abu Jahal menipu
dalam percakapan dan perbuatan. Dalam konteks otak, bahagian yang
dinamakan sebagai frontel lobe adalah ubun-ubun. Melalui ubun-ubunlah,
suatu kebenran atau pembohongan dapat dikenalpasti.
Subhanallah, apa lagi yang boleh kita katakan selain Al-Quran
sememangnya diturunkan sebagai panduan kepada seluruh Umat manusia.
Berimanlah dengannya dengan sebenar-benar Iman.
artikel dikongsi daripada gempak.org
No comments:
Post a Comment